Peguam P Uthayakumar, yang mewakili keluarga tiga lelaki berkenaan menggesa Menteri dalam negeri dan ketua polis negara menjelaskan mengenai kesan tembakan yang tertumpu hanya pada bahagian dada dan muka mangsa dalam kejadian tembak-menembak di Batu Arang, Rawang baru-baru ini.
“Kesan tembakan bagi V Janarthanan dan S Mahendran adalah di bahagian dada, manakala G Thavaselvan pula di bahagian kepala, iaitu muka. Terdapat kesan lebam pada bahagian kepala, badan, tangan yang patah dan satu batang gigi yang pecah pada tubuh Thavaselvan.
“Ia seperti diberitahu kepada kami oleh balu lelaki terbabit pagi ini selepas mayat dibawa pulang ke kediaman asal di Taman Metropolitan, Kuala Lumpur dari rumah mayat di Sungai Buloh.” kata peguam terbabit.
Setelah tersebat di media sosial mengenai kenyataan tersebut, netizen mula rasa tidak berpuas hati dengan kenyataan peguam tersebut yang seolah olah cuba membela penjenayah. Ianya diapikan lagi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berkata, Kabinet meminta Peguam Negara Tommy Thomas mengkaji kemungkinan mengadakan inkues ke atas kejadian berbalas itu selepas timbul beberapa versi mengenainya. Menurut media FMT.
Hal ini dipandang sensitif oleh netizen yang mula merasakan bahawa kebanyakan dari tindakan tidak adil berlaku terhadap kes yang melibatkan kaum Melayu dilayang dengan begitu berbeza berbanding dengan kes yang berlaku kepada kaum india yang menimbulkan lagi api perkauman di Malaysia.
Reply