Yamaha , Kawasaki , Honda Supercub 175cc tak wujud.

Setelah beberapa tahun keluarnya Y15ZR, RS150R dan beberapa model lain, Terdapat banyak ura ura mengenai keluarnya model supercub 175cc dari Kawasaki , Yamaha , dan Honda. Ini membuatkan peminat motosikal tersebut teruja dengan kedatangan model itu namun setelah beberapa tahun masih tiada apa apa perkembangan.



Akan tetapi tidak ramai yang tahu bahawa model tersebut sebenarnya tidak pernah wujud dan ketiga tiga syarikat gergasi tersebut tidak pernah bercadang untuk membuat model yang seperti demikian . Banyak faktor yang perlu difikirkan sebelum model tersebut dikeluarkan antaranya adalah kos , keselamatan , harga dan sebagainya.

Ura ura mengatakan bahawa model tersebut adalah 175cc twin cylinder. Sepertimana yang kira semua tahu , twin cylinder adalah 2 silider berkembar merupakan teknologi yang memakan kos yang amat tinggi . ianya boleh dilihat di model motosikal 250cc yang menggunakan 2 silinder 125cc yang digabungkan dan mengakibatkan kos 250cc adalah berganda berbanding model yang mempunyai 1 silinder.




Oleh sebab inilah pengeluar memilih untuk menggunakan 1 silinder berbanding 2 silinder kerana kosnya yang agak tinggi. Kawasaki Malaysia mengeluarkan z250sl dan Honda mengeluarkan CBR250R 1 silinder adalah sebenarnya untuk mengurangkan kos jentera tersebut. Kini RS150R DOHC 1 silinder dijual sekitar 9 – 10 ribu ringgit. cuba anda bayangkan kosnya sekiranya model tersebut menjadi 2 silinder . Adalah tidak mungkin buat masa sekarang kerana kos membina 2 silinder yang tinggi akan menyebabkan harga meningkat sehingga 17 – 20 ribu ringgit.

Jadi pihak Alert TV menyarankan bahawa pengguna agar berhenti menyebarkan berita berita palsu mengenai jentera tersebut yang telah terbukti salah sehinggakan membuat netizen tertipu dengan pengeluaran model tersebut. Pada tahun ini masih ada model yang bakal dikeluarkan iaitu Yamaha FZ155 VVA atau M-Slaz yang masih tidak dapat dipastikan yang manakah bakal dilancarkan tersebih dahulu atau kedua duanya.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!