YDP agong Sultan Muhamad ke – 5 sememangnya seorang agong yang agak selamba dan sering viral di laman sosial dengan sikapnya yang agak selamba dan mencuit hati orang ramai mahupun menteri menteri di Malaysia. Beberapa tahun lepas YDP agong juga pernah viral di laman sosial apabila beliau mengeluarkan dialek Kelantan iaitu dialek tempat asal usul beliau yang mencuit hati netizen didalam dewan parlimen.
Namun pada tahun ini YDP agong sekali lagi dengan selambanya menyebut sesuatu yang membuatkan seluruh dewan parlimen tergelak besar dengan kata kata beliau termasuk penonton di kaca telivisyen dan media Malaysia. “Sila Duduk dan Jangan Lari” – YDPA Sultan Muhammad V. Begitulah kata kata agong sebaik sahaja masuk dan duduk diatas kerusi beliau di dewan parlimen Malaysia yang sepatutnya merupakan majlis yang serius dan menjadi ceria dengan gelagat YDP Agong Malaysia Sultan Muhammad V.
YDP agong dikatakan mengeluarkan lawak tersebut apabila kelmarin viral hampir kesemua ahli pihak parti pembangkan keluar dari dewan menunjukkan protes tidak bersetuju dangan Pakatan Harapan yang melantik Speaker dewan rakyat yang digantikan kepada Mohamad Ariff yang sebelum ini disandang oleh Tan Sri Pandikar Amin yang sebelum ini kerap kali dikutuk kerana beliau seakan akan tidak adil semasa menjadi speaker dewan rakyat.
Berbalik kepada YDP Agong, dilihat seluruh menteri yang hadir didalam dewan parlimen tersebut tergelak besar termasuh Tun Mahathir dan Najib Razak yang kini menjadi lawan utama dalam party masing masing . Netizen memuji YDP agong yang sentiasa menceriakan dewan parlimen dengan pelbagai gelagatnya yang comel.
Reply