Ysuku V3 akan keluar dengan enjin VVA?

Viral di laman sosial Ysuku atau Y15ZR bakal digantikan dengan model terbaru berserta dengan gambar gambar barunya. Y15ZR adalah jentera yang diminati ramai di Malaysia dan merupakan antara jentera supercub 150cc yang terlaris di Malaysia kerana jentera tersebut sering viral dan mendapat perhatian di media sosial.



Artis artis turut mempromosikan jentera tersebut yang menyebabkan jentera tersebut menjadi viral sehinggakan beberapa orang artis dikecam kerana ‘claim’ mereka yang memulakan fenomena Y15ZR sedangkan Y15ZR bermula apabila seorang lelaki yang viral di media sosial bersama jentera Y15ZRnya iaitu Maliey key yang dibenci oleh orang ramai kerana riak dan mengutuk jentera lain selain Y15ZR. Walaubagaimanapun beliau tenggelam setelah ditangkap sebagai seorang peragut yang kini dikatakan insaf dan masih aktif di media sosial.

Fenomena ini semakin berlarutan sehingga ramai yang mengambil kesempatan untuk menyebarkan berita berita palsu mengenai Y15ZR. Berlegar di laman sosial beberapa keping gambar Y15ZR facelift yang dikatakan bakal menggunakan enjin VVA seperti yang digunakan di Yamaha R15 dan NVX. Adakah ianya benar? Semestinya tidak. Gambar Y15ZR tersebut adalah gambar yang diedit dari blogger Indonesia yang kerap kali mengeluarkan berita palsu.



Apakah Y15ZR V3 Akan dilengkapi VVA? siapa tahu. Namun mengikut pendapat dan realiti sebenarnya. Y15ZR tidak mungkin mendapat VVA kerana kos VVA mungkin agak tinggi dan ianya adalah keputusan yang agak teruk sekiranya ianya berlaku memandangkan R15 berada dalam market Malaysia.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!