Zakir Naik bertembung Dr Mahathir, India minta bantuan interpol untuk tangkap Zakir Naik di Putrajaya

VIral di media sosial dan youtube bahawa penceramah terkenal yang penuh kontroversi di seluruh dunia iaitu Zakir Naik telah datang ke Malaysia dan disambut baik oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia. Zakir Naik merupakan penceramah yang dikehendaki di India yang menganggap penceramah tersebut sebagai seorang pengganas.



Walaubagaimanapun ketibaan Zakir Naik di Malaysia disambut baik oleh Dr Mahathir di Putrajaya kerana Dr Mahathir mungkin adalah salah seorang peminat Zakir Naik kerana Dr Mahathir boleh dilihat berada di ceramah Zakir Naik yang sebelum ini pernah diadakan di beberapa tempat di Malaysia seperti Terengganu dan lain lain.

Zakir NaiK kini dilabel sebagai seorang yang dikehendaki di India kerana beliau dikatakan menyebarkan ideologi pengganas kepada muslim di India . Menurut beberapa laporan yang didapati dari media India , Turut dikatakan bahawa Negara India telahpun meminta bantuan Interpol untuk menangkap Zakir Naik yang dikatakan bersembunyi di Putrajaya Malaysia . Namun tidak dapat dipastikan kesahiham kenyataan tersebut.



Berikutan dari video pertembungan Zakir Naik dan Mahathir tersebar , Netizen mempunyai pelbagai pendapat berkenaan dengan hal tersebut. Ada netizen yang menyokong Zakir Naik dan ada juga netizen yang tidak suka dengan cara penyampaian dan ideology Zakir Naik. Zakir Naik turut viral sebelum ini apabila beliau mencabar Siti Kassim untuk berdebat namun ditolak oleh aktivis wanita tersebut.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!